AKTIVITI
Tawakkal dan Usaha Adalah Kunci Kejayaan Yang Tidak Dapat Dipisahkan. Semoga Keikhlasan Kita Berhijrah Memperbaiki Kelemahan dan Menggandakan Usaha Dalam Perjuangan Menjadi Sebab Tertubuhnya Negara Islam Dan Tertegaknya Syariat Allah.
SAMBUTAN AMBANG SEJAHTERA
Semua dijemput ke SAMBUTAN AMBANG SEJAHTERA 2012 anjuran URUSETIA PENERANGAN KERAJAAN NEGERI KEDAH.... KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Jumaat, 28 Mei 2010
Ahad, 23 Mei 2010
LOMPAT PARTI HANYA SOALAN BODOH- YB TAN CHOW KANG
| Harakahdaily | |
| ALOR SETAR, 23 Mei: Adun Sidam Tan Show Kang yang terbabit dalam spekulasi akan melompat parti malam tadi menyifatkan khabar angin tersebut sebagai 'bodoh' dan tidak benar sama sekali. Berucap pada perhimpunan ceramah khas bubar Dun di Markas PAS Kedah, Kota Sarang Semut beliau berkata, penjelasannya malam tadi adalah yang terakhir dan tidak akan melayan soalan berkaitan lagi. "Jika ia lagu yang sedap, saya tidak keberatan untuk dengar (berulang kali), tetapi ini adalah soalan bodoh. "Saya penat dan bosan kerana terpaksa menjawab soalan yang sama berkali-kali. Biar ia dihentikan malam ini," katanya. Beliau malam tadi sekali lagi mengulangi pendirian tegasnya dihadapan ribuan yang hadir bahawa beliau akan kekal bersama Pakatan Rakyat mentadbir negeri Kedah dan sesekali tidak akan melompat. "Berapa kali hendak saya mengatakan saya tidak mahu melompat? Saya terus bercakap benda yang sama. Media minta saya adakan sidang media, jadi saya memberitahu mereka OK, buat selama-lamanya, kita akhir perkara ini. "Saya akan berada di sini pada 22 Mei dan ini adalah kali terakhir saya mahukan mengatakan tidak, saya tidak akan melompat dan tidak, kerajaan negeri tidak akan tumbang," katanya lagi. Penyertaan semua Adun Pakatan Rakyat negeri Kedah malam tadi secara jelas menolak sama sekali khabar angin kononnya kerajaan PR negeri Kedah bakal tumbang. Himpunan tersebut menjadi tumpuan banyak pihak sejak khabar angin berhubung beberapa adun PR Kedah akan lompat parti sejak beberapa bulan lalu. Antara mereka yang dikaitkan dengan khabar angin itu termasuklah Adun Bukit Selambau, S.Manikumar, Lim Soo Nee (Kulim), Tan Show Kang (Sidam ) dan, Lee Guan Aik (Kota Darul Aman). Mereka malam tadi hadir membuat penjelasan terbuka kepada masyarakat. Hadir sama adalah pimpinan PAS, PKR dan DAP pusat dan juga negeri. PKR berhadapan dengan dilema kehilangan wakil rakyatnya sejak pilihan raya umum 2008. Parti komponen Pakatan Rakyat itu kehilangan lebih 10 wakil rakyat, antaranya kerana keluar parti, dipecat dan kehilangan kerusi ketika pilihan raya kecil.
|
Khamis, 20 Mei 2010
judi bola judi BN bola judi UMNO bolajudi najib judi bola awang adek judi bola satu malaysia
Rabu, 19 Mei 2010
KHTP : Bekas EXCO BN fitnah pelabur...
Fuji turut kesal kenyataan tidak betul bekas Exco
Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR
ALOR SETAR, 19 Mei: Pada tahun 2008, terdapat lima pelaburan di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) di mana terdapat sebanyak 599 peluang pekerjaan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM2.075 bilion.
Pada tahun 2009, terdapat tujuh pelaburan di KHTP di mana terdapat sebanyak 970 peluang pekerjaan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM0.961 bilion.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB. Dato’ Ir. Haji Amiruddin Hamzah, pada dua bulan pertama tahun 2010, terdapat dua pelaburan baru di KHTP di mana terdapat sebanyak 1,382 peluang pekerjaan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM1.529 bilion.
Amiruddin menafikan kebimbangan Pengerusi MCA Kedah, Dato’ Chong Itt Chew yang menyifatkan beliau sebagai ‘syok sendiri’ apabila mendakwa jumlah pelaburan di taman perindustrian itu terus meningkat dan tiada kilang yang ditutup.
“Tentang Fuji, pada mula ekonomi gawat iaitu pada tahun 2008, memang Fuji ada membuang kerja sebanyak 1,600 orang dan hanya tinggal sebanyak 1,100 orang tetapi sekarang, Fuji telah menambah sebanyak 900 orang dan menjadi sebanyak 2,000 orang,” ujarnya.
Beliau menjelaskan, ini bermakna pekerja pada masa ini sudah meningkat berbanding sebelum ini.
“Fuji Electric antara pelabur utama di KHTP kononnya telah memindahkan operasinya ke Filipina sehingga menyebabkan 2,000 pekerja kehilangan pekerjaan adalah satu benda yang tidak betul,” katanya.
Tambahnya, Fuji merasa kesal terhadap apa yang diperkatakan oleh Dato’ Chong Itt Chew berhubung perkara itu.
“Saya akan berhubung dengan Fuji dan menyerahkan kepada mereka (Fuji) untuk mengambil tindakan terhadap Dato’ Chong Itt Chew sekiranya beliau terus memburuk-burukkan Fuji,” ujarnya.

Dakwaan Chong Itt Chew karut! Ini dia fakta pelaburan KHTP
ALOR SETAR: Pekerja syarikat perisian Intel Corporation di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) tidak ditamatkan perkhidmatan meskipun tiga unit firma itu ditutup. Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB. Dato’ Ir. Haji Amiruddin Hamzah berkata, berikutan penutupan itu, mereka hanya ditukarkan ke unit lain.
“Jaminan tidak akan ada pekerja yang akan diberhentikan dibuat sendiri oleh Intel Corporation kepada Kerajaan Negeri,” ujarnya.
Beliau menjelaskan, tiga unit ditutup kerana syarikat itu mahu memindahkan unit berkenaan ke Amerika Syarikat dan ini perkara biasa dalam bidang perniagaan, terutama berkaitan teknologi.
Amiruddin menafikan kebimbangan Pengerusi MCA Kedah, Dato’ Chong Itt Chew yang berkata, Kedah mungkin kehilangan pelaburan ratusan juta ringgit kerana kegagalan Kerajaan Negeri menguruskan KHTP.
“Kenyataan Dato’ Chong Itt Chew tidak benar kerana pelabur di KHTP semakin meningkat dan sehingga Februari tahun 2010, KHTP berjaya memperoleh pelaburan sebanyak RM1.529 bilion,” katanya.
Jelasnya, nilai bagi dua bulan itu sudah melebihi daripada pelaburan tahun 2009 iaitu sebanyak RM961.4 juta yang mampu menawarkan 970 peluang pekerjaan.
“Mustahil Kerajaan Negeri gagal menguruskan KHTP kerana sehingga kini tiada kilang yang ditutup atau keluar dari KHTP kerana masih terdapat 50 kilang beroperasi dan trend pelaburan juga menunjukkan terdapat pelabur baru,” tambahnya.

Posted in: ITT CHEW CHONG LA

Jumaat, Mei 28, 2010
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH