Isnin, 31 Ogos 2009

Berapakah pula bayi yang akan dilahirkan kerana malam merdeka...????

75 bayi merdeka di Selangor, KL dan Terengganu

KUALA LUMPUR: Seramai 67 bayi merdeka, 37 daripadanya lelaki dan 30 lagi perempuan dilahirkan di 11 hospital kerajaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor dari 12.01 tengah malam tadi sehingga 12 tengah hari tadi.

Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang mencatatkan jumlah kelahiran tertinggi dengan 13 bayi diikuti Hospital Selayang (12), Hospital Kuala Lumpur (11), Hospital Sungai Buloh (8), Hospital Ampang (6), Hospital Serdang (6), Hospital Banting (4), Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam (3) Hospital Kajang (3) dan seorang di Hospital Kuala Kubu Bharu.

Daripada jumlah itu empat kelahiran dicatatkan melalui pembedahan cesarean masing-masing satu di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh, Hospital Serdang dan Hospital Tengku Ampuan Jemaah.Hospital Ampang juga turut mencatat kelahiran seorang bayi lelaki membabitkan warga Myanmar.


Bayi pertama Selangor dilahirkan dengan berat 3.1 kg pada pukul 12.10 minit pagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hospital Kuala Lumpur pula menyambut kelahiran bayi pertama mereka Muhammad Adam Iskandar Abdul Aziz seberat 2.46 kg pada 12.17 pagi.

TERSERAHLAH KEPADAMU SPR... TUNGGU APA LAGI.

Kota Siputeh... SPR nak sangat kuasa speaker,Nah!!Ambiklah!

Sanusi Setpol.blogspot.com

Apabila SPR mengambil alih tugas speaker DUN Perak untuk tidak mengosongkan kerusi Changkat Jering, Jelapang dan Behrang, tiada lagi kuasa speaker untuk mengistiharkan kekosongan kerusi Wakil Rakyat tanpa kajian dan pengesahan SPR. Demikianlah tragedi demokrasi Perak mengajar kita menguruskan kuasa di DUN dan mungkin juga Parlimen. Daripada Suruhanjaya untuk menjalankan pilihanraya, SPR kini telah melebarkan had kuasanya menjadi hakim untuk memutuskan bidang kuasa speaker DUN.

Tragedi Perak juga menunjukkan kepada kita banyak sisi gelap dalam demokrasi berparlimen, daripada doktrin pengasingan kuasa eksekutif, legislatif dan judiciary (kehakiman) - kepada campur aduk kuasa yang disahkan oleh perampas kuasa. Speaker boleh diusung keluar jika mahu diganti dengan orang lain, walaupun kaedah 'mengusung dan mengurung' tidak tercatat dalam prosedur dan undang-undang perlantikan speaker, Ia boleh dilakukan dengan bantuan polis!

YB Dato' Abu Hassan Sariff

Setelah menghalusi sindrom 'kelaparan kuasa' SPR dan aparatus awam dibelakangnya, Kedah melontar sebungkus sajian ke mulut mereka untuk mereka makan! Sila kunyah dan telan ramuan kota Siputeh untuk mengenyangkan kelaparan anda kepada kuasa.
Mengikut tafsiran YB Dato' Speaker (yang mendapatkan nasihat YB Penasihat Undang-undang Negeri) terhadap Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, Adun Kota Siputeh sekarang telah terlucut kelayakan untuk terus menduduki kerusi tersebut kerana gagal hadir ke Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah sebanyak dua kali tanpa kebenaran Speaker. Saya ulangi, Tanpa Kebenaran Speaker..bukan Tanpa Memaklumkan Kepada Speaker melalui surat maupun lisan!
Kalau dibaca sebaliknya, jika pun YB Kota Siputeh memaklumkan beliau tidak dapat hadir ke sidang DUN, tetapi Speaker tidak benarkan beliau tidak hadir, beliau juga hilang kelayakan jika melakukannya dua kali. Jika mengikut kuasa yang diberikan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato' Speaker sudah boleh mengumumkan kekosongan Kerusi Kota Siputeh, tetapi kes Perak mengajar speaker Kedah untuk menyerahkan 'kuasa' itu kepada SPR.

Mengikut Undang- undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah juga, DUN hendaklah tanpa gagal bersidang sekali dalam tempoh enam bulan, jika tidak, Dun akan terbubar!
Andaikata, tiba-tiba SPR mengumumkan Kota Siputeh tidak kosong, Adun tersebut tidak hilang kelayakan walaupun tidak hadir dua kali tanpa kebenaran Speaker, seperti peruntukan di bawah Enekmen 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, lepas ini eloklah peruntukan tersebut dihapuskan sahaja. Adun-adun tak payahlah susah-susah datang ke Sidang DUN berapa kali pun yang depa suka, kerana tak ada apa-apa tindakan yang boleh dikenakan.
Sekarang bola di kaki SPR, pintu gol terbuka luas, penjaga gol dan pertahanan sudah diusung keluar.... kerana dicederakan ... kita tunggu SPR nak sepak ke mana! Mereka yang minta sangat bola itu...nah mainlah!
Kota Siputeh... SPR nak sangat kuasa speaker, Nah!!Ambiklah!

ADUN LUNAS TUNGGU APA LAGI..?

Adun Lunas didesak letak jawatan
Ali Hashim
Mon | Aug 31, 09 | 11:24:01 am MYT
PADANG SERAI, 31 Ogos: Tekanan semakin hebat ke atas Adun Lunas, Mohd Radzhi Salleh agar beliau melepaskan jawatan Adunnya selepas keluar dari PKR menjadi Adun bebas.



Ini kerana, mereka mengundi Radzhi kerana dia bertanding atas tiket PKR bukannya bebas apatah lagi menjadi alat kepada Barisan Nasional (BN) pula.

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan mendesak Radzhi supaya melepaskan jawatan beliau sebagai Adun Lunas kerana ianya tidak bertepatan dengan kehendak penduduk dan pengundi kawasan tersebut.

Menurut beliau pada pilihan raya umum yang lalu pengundi kawasan tersebut mengundi calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Justeru itu sebagai menghormati para pengundi dan penduduk kawasan yang dimenangi oleh Radzhi atas tiket PKR itu maka beliau harus mengosongkan kerusi tersebut supaya ia dipulangkan kepada pengundi dan penduduk kawasan tersebut untuk membuat pemilihan.

"Beliau telah mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh pengundi kepadanya.

Image"Jika beliau memang seorang yang berpendirian maka beliau akan melepaskan jawatan sebagai Adun Lunas dan memulangkan kepada pengundi dan penduduk untuk membuat keputusan samada mahu menerimanya atas tiket bebas atau sebaliknya," kata Gobala.

Lunas adalah salah Dun di bawah Parlimen Padang Serai yang diwakili Gobala.

Sementara itu Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula menyatakan bahawa Radzhi harus sedar dengan perkenan Tuanku Sultan Kedah untuk menggugurkan beliau sebagai Exco sudah jelas membuktikan kemurkaan Tuanku dengan perbuatan beliau.

"Saya yakin keputusan yang telah diambil oleh Tuanku Sultan untuk menggugurkan Radzhi daripada jawatan Exco adalah untuk menjaga nama baik istana. Radzhi sepatutnya faham mesej yang ingin disampaikan oleh Tuanku kepada beliau.

"Pada waktu yang sama selepas beliau dilucutkan daripada jawatan Exco maka pada ketika itu juga Radzhi sepatutnya melepaskan jawatan sebagai Adun Lunas.

"Saya juga yakin majoriti daripada pengundi dan penduduk yang diwakili beliau itu mahukan kerusi Lunas dikosongkan selepas kemenangan beliau dalam pilihan raya umum yang lalu adalah atas tiket PKR dan bukannya Bebas."

Radzhi sebelum ini mengambil keputusan keluar dari PKR setelah mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti dan menjadi Adun Bebas.

Rentetan daripada itu beliau kemudian telah dilucutkan jawatan sebagai Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia oleh Tuanku Sultan Kedah. _



MENTERI BESAR KEDAH SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA GURU QURAN KAMPUNG DAN IBU TUNGGAL





kelmarin 30 Ogos 2009 telah berlangsung majlis penyerahan sumbangan kepada guru-guru Quran kampung di masjid Ar Rahmat, Melele dalam DUN Kota Suputeh. Sumbangan diberikan kepada guru-guru quran yang mengajar dikampung-kampung secara sukarela . Hasil dari ajaran merekalah yang memboleh ramai anak-anak boleh membaca Quran. YAN Menteri Besar merakamkan penghargaan yang tinggi kepada mereka yang telah menyumbang bakti mengajar anak-anak dirumah masing-masing. beliau juga mengharpakan mereka terus meneruskan usaha murni ini terus mengajar generasi hari ini celik Al Quran .

Seramai 200 orang telah menerima sumbangan berupa makanan, kain dan juga wang tunai. Beliau mengingatkan bahawa sumbangan ini sebagai tanda ingat daripada Kerajaan Negeri Kedah " sikit tanda ingat dan banyak tanda berada"

Selepas itu semua hadirin diraikan dengan majlis berbuka puasa bersama YAB Menteri Besar Kedah.

Turut hadir Yb Ir Dato' Amiruddin Hamzah, Exco kerajaan Negeri, Dato' Fuat Mohd Ali, Pegawai Kewangan kerajaan negeri Kedah, Datin Che Barni Mohd Nor, Pegawai daerah Kubang Pasu, YB Ust Abd Ghani Ahmad, Timbalan Speaker, Pegawai-Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Pegawai -pegawai Kerajaan daerah Kubang Pasu, MKK , Penghulu- Penghulu dan muslimin muslimat penduduk setempat.

KULIAH KHAS MB KEDAH DI SERI MENTALOON


Pada 29 Ogos 2009 lepas berlangsung Kuliah Khas yang disampaikan oleh YAB Dato' Seri Ust Hj Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah bermula jam 10.00 pagi hingga 11.35 pagi. Kuliah yang diadakan didalam Dewan seri Mentaloon telah dihari oleh ribuan rakyat Kedah sehingga Dewan tersebut penuh sesdak dengan hadirin terdiri dari muslimin dan muslimat. Kuliah yang disampaikan sempena dengan bulan ramadhan ini telah menyentuh beberapa perkara berkaiatn bulan Ramadhan dan kelebihannya. YAB Menteri Besar juga menyentuh tentang beberapa aspek yang melibatkan kehidupan harian masyarakat Islam yang boleh membawa kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup. beliau juga menekankan aspek akhlak mulia yang mesti diterapkan dalam kehidupan orang Islam.





SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons