Memaparkan catatan dengan label Tahniah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tahniah. Papar semua catatan

Selasa, 19 Januari 2010

TAHNIAH YB DATO' DR MOHD HAYATI OTHMAN

Dewan Pemuda PAS Negeri kedah mengucap tahniah kepada YB Dato' Dr Mohd Hayati Othman , Ahli Parlimen Pendang di atas pengurniaan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato' sempena Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke 82 pada 17 /1/2010 di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah dan Pengerusi Tabong Kebajikan PAS Kedah.

Semoga beliau dapat terus menyumbang jasa bakti untuk PAS kedah dan juga seluruh rakyat di negeri Kedah.

Selasa, 14 Julai 2009

TAHNIAH KEPADA CALON PAS MANEK URAI

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengucap tahniah kepada calon PAS Dun Manek Urai Sdr Fauzi Abdullah (Abe Uji)yang berjaya mengekalkan kerusi DUN Manek Urai dengan majoriti 65 undi. Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah juga mengucap tahniah kepada Jentera Pilihanraya PAS Kelantan dan semua petugas pilihanraya yang bertungkus lumus memastikan kemenangan ini.

Isnin, 1 Jun 2009

TAHNIAH KEPADA PKR PULAU PINANG

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengucap tahniah kepada PKR Pulau Pinang atas kemenangan mempertahankan kerusi DUN Penanti dalam pilihanraya kecil yang berlangsung hari ini. Semoga kemenangan ini akan memperkukuhkan lagi sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Keputusan:
1. Dr Mansor (PKR) 6,052 undi
2.Aminah (bebas) 392 undi
3. Nai Khan Ari (bebas) 494
4. Kamarul Ramizu Idris (bebas) 56

Majoriti : 5,558 undi.

Selasa, 7 April 2009

TAHNIAH KEPADA YB MANIKUMAR DAN YB DS NIZAR

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengucap tahniah kepada YB S. Manikumar yang menang kerusi DUN Bukit Selambau dengan majoriti besar. Selamat berkhidmat untuk rakyat kearah Kedah Sejahtera Nikmat untuk semua.

Rabu, 16 Julai 2008

TAHNIAH KEPADA YAB DATO SERI UST HJ AZIZAN BIN ABD RAZAK

KOMPLEKS PAS KEDAH, ALOR STAR

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengucapkan tahniah kepada YAB Dato' Seri Ust. Hj Azizan Abd. Razak, Menteri Besar Kedah di atas pengurniaan darjah SeriPaduka Mahkota Kedah (SPMK) yang membawa Gelaran Dato' Seri. Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah merasa amat berbangga di atas pengurniaan darjah tersebut yang membuktikan jasa dan sumbangan YAB Dato' Seri Ust Hj Azizan kepada masyarakat dan rakyat Kedah.Dewan Pemuda PAS Kedah juga menjunjung setinggi-tinggi terima kasih kepada KDYMM Sultan Kedah di atas pengurniaan darjah tersebut.

Daripada
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons