Pada 22 Jan 2010 lepas Ketua Pemuda PAS Baling, Ust Osman Abd Hamid telah hadir sendiri ke Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur untuk menerima sendiri sijil-sijil yang keahlian yang telah diluluskan. Satu Majlis khas akan diadakan untuk menyerahkan sijil kepada ahli yang terlibat
Sementara itu sebanyak 70 lagi permohonan baru yang diterima masih dalam proses untuk dihantar ke pejabat Agung.
Menurut Ketua Pemuda Kawasan , Ust Osman Abd Hamid, "Kempen dibuat secara turun kecawangan dan juga himpunan PEMUDA di Cawangan dan semasa mesyuarat penyelarasan dengan cawangan pemuda sebanyak 3 kali. Turut dibuat melalui edaran pamplet dan risalah kempen ang berterusan. Pihak kami mendapati ramai golongan yang berminat untuk menyertai PAS tetapi tidak tahu saluran dan cara untuk memohon, dengan itu kami akan memperkemas mekanisma kempen dan akan berusaha dengan lebih giat lagi untuk memperbanyakkan ahli PAS dikalangan Pemuda di kawasan Baling"


Sabtu, Januari 23, 2010
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH

Posted in: