Ahad, 8 Mei 2011

Anak muda, Jom Ubah

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 8 Mei: Anak Muda Malaysia merupakan nadi kebangkitan rakyat hari ini ke arah perubahan politik negara yang lebih adil, bebas dan sejahtera.
Bagi menyemarakkan lagi kebangkitan itu, demi masa depan rakyat, Dewan Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan siri Jelajah Orang Muda Untuk Perubahan (Jom Ubah) ke seluruh negara.
Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata program Jom Ubah bakal dilancarkan di dalam Muktamar Pemuda PAS Pusat yang akan diadakan  pada 1 hingga 2 Jun depan di Bangunan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Beliau yang juga pengarah program berkata, Jom Ubah akan dilancarkan sendiri oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.
Program, katanya itu akan memulakan siri jelajahnya yang pertama pada 23 hingga 26 Jun 2011 melibatkan Negeri Pahang, Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
“Siri jelajah Jom Ubah ini, DPPP akan menyampaikan dan mengedarkan tawaran Pemuda PAS kepada anak muda sekiranya diberi mandat dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang selain mengadakan program-program khas untuk santapan anak muda,” ujarnya.
Anak-anak muda juga, ujarnya akan berpeluang mendengar pidato dan amanat daripada tokoh-tokoh pemimpin PAS di samping bersama dengan selebriti-selebriti negara yang akan menampilkan suatu yang baru kepada peminat mereka.
Lebih menarik, tambahnya aktiviti konvoi bermotor dan berkereta ke seluruh negara juga akan diadakan dan pemuda PAS akan singgah di setiap negeri berjumpa dan beramah mesra dengan masyarakat.
Katanya, Jom Ubah akan meneruskan siri jelajahnya ke negeri-negeri lain, iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Johor (30 hingga 31 Julai 2011), Sarawak (23 hingga 25 September 2011) dan Sabah (28 - 30 Oktober 2011).

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons