Ahad, 11 April 2010

Ahli Parlimen Padang Terap buat Laporan Polis Pembabitan APCO dengan Kerajaan Malaysia

Tidak cukup dengan dua laporan polis yang dibuat sebelum ini, seorang lagi ahli parlimen pembangkang Nasir Zakaria membuat aduan yang sama terhadap firma perunding APCO dan pembabitannya dengan kerajaan Malaysia.

Ahli parlimen Padang Terap itu memberitahu Malaysiakini, beliau membuat laporan tersebut di Balai Polis Kuala Nerang, Kedah kira-kira jam 1.00 petang tadi.

Dalam aduannya, Nasir berkata, beliau yakin, syarikat tersebut "mempunyai kaitan dengan kerajaan haram Israel", berdasarkan rekod perjanjiannya dengan negara tersebut sebelum ini.

"Kerajaan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara haram Israel.

"Sudah tentu berurusan dengan syarikat tersebut, yang lembaga pengarahnya terdiri daripada tokoh-tokoh besar negara Israel akan mendedahkan banyak rahsia negara kepada akses pihak luar," laporan polis tersebut dipetik.

Sebelum ini, dua laporan polis berhubung isu yang sama telah dibuat di Kuala Lumpur oleh ahli parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali dan Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin di Kuala Lumpur.

Dr Lo' Lo' yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS membuat laporan tersebut semalam di Balai Polis Jalan Dang Wangi. Manakala Shamsul Iskandar pula tampil mengadu pada Selasa di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi.

Dalam laporannya hari ini, Nasir yang juga ketua penerangan PAS Kedah menggunakan teks aduan yang sama digunakan oleh Dr Lo' Lo'.

Beliau ditemani beberapa pemimpim parti itu di peringkat PAS kawasan dan PKR cabang di kawasan tersebut.

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas membuat laporan tersebut, Nasir juga memberitahu, mereka telah mengedarkan risalah menjelaskan isu Apco di pekan sehari Kuala Nerang sebelum ini.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons