Rabu, 14 Julai 2010

UMNO BIMBANG KURANG DAPAT DAFTAR PEMILIH BARU

Oleh IZWAN ABDUL HALIM


izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Isu pendaftaran pengundi yang hangat diperkatakan di media baru-baru ini menunjukkan kebimbangan Umno-Barisan Nasional terhadap sokongan rakyat kepada mereka, demikian menurut Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Katanya, setelah separuh penggal tempoh pilihan raya, bermakna pilihan raya semula akan berlaku sekitar dua tahun sahaja lagi.

"Mungkin lebih awal. Tetapi untuk lebih awal, BN telah cuba pelbagai cara tetapi maklum balas mereka terima, rakyat tidak akan undi mereka pada masa sekarang ini.

"Mereka hanya bergantung kepada undi Melayu. Undi Melayu pun ada yang beri pada PAS, (sedang) undi bukan Melayu tidak akan pergi kepada Umno-BN. Sebab itu dia hari ini riuh rendah kata 1.6 juta tidak daftar undi.

"(Sedangkan) Umno canang (slogan) 1 Malaysia, tetapi tidak yakin bukan Melayu akan undi mereka.," tempelaknya pada Ijtimak Muslimat PAS Kedah di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini 2 Julai lalu.

Mengulas nisbah 1:40 antara pengundi Melayu dan bukan Melayu yang ditimbulkan Pemuda Umno beliau berkata, Umno sebenarnya bimbang kerana 40 itu akan mengundi Pakatan Rakyat manakala 1 itu akan mengundi Umno.

Tambahnya lagi, kebimbangan Umno semakin jelas apabila impian mereka tidak menjadi kenyataan sepertimana jangkaan mereka bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah hanya mampu bertahan untuk 3 bulan.

Tetapi ujarnya, selepas 6 bulan didapati Pakatan Rakyat Kedah makin mantap dan maju ke hadapan dan Umno terus gagal merampas Kedah.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons