Khamis, 26 Mac 2009

Pesuruhjaya PAS Kedah Rasmi Markaz Besar PAS Kedah


Lagenda Height,

Pesuruhjaya PAS Kedah YAB Dato' Seri Ust Azizan Abd Razak telah merasmikan Markaz Besar PAS Kedah N25 Bukit Selambau. Beliau yang juga Menteri Besar Kedah telah menyampaikan ceramah beliau yang menyentuh tentang kisah YB Arumugam yang terpaksa meletak jawatan akibat ugutan dan tekanan dari pihak UMNO/BN. Selain itu beliau turut menyentuh tentang perkembangan semasa selepas setahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Kedah.

Majlis ceramah yang diadakan di Lagenda Height bersebelahan dengan TESCO Sg. Petani merupakan lokasi yang amat strategik serta menjadi tumpuan orang ramai . lebih kurang 5,000 orang hadir mengikuti ceramah tersebut yang turut berucap antaranya YB Ahmad Kassim , Pengerusi PKR Kedah dan YB Dato' Amirudin Hamzah.

disamping itu terdengar juga bisik-bisik orang ramai yang hadir samada 'kepala merah ' ada ke tak malam ini, sebab ramau juga yang tak sempat nak rasa semburan 'air penawar' dua malam sebelum itu di padang Taman Ria.

Majlis pada malam ini berjalan dengan baik walaupun turut dipenuhi dengan anggota polis disetiap sudut lokasi ceramah.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons