Isnin, 23 Mac 2009

1500 PEMUDA HADIRI PELANCARAN JENTERA PEMUADA PAKATAN RAKYAT

SG. LALANG,

Jentera Pilihanraya Pemuda Pakatann Rakyat telah dilancarkan kelmarin. majlis yang diadakan di padang Awang Taman Bandar Baru, Sungai Lalang itu telah dihadiri oleh 1500 orang pemuda Pakatan Rakyat dari parti PAS, PKR dan DAP. Pendaftaran peserta bermula pada jam 4.00 petang. Sebaik meja pendaftaran dibuka para peserta mula berpusu-pusu membuat pedaftaran. Majlis menjadi bertambah meriah apabila konvoi pemuda PAS Baling seramai 400 orang tiba dengan menaiki 100 buah motosikal dan 30 buah kereta dan konvoi Pemuda PAS Merbok seramai 300 orang.

Sebelum majlis bermula semua peserta muslim telah menunaikan solat Asar Berjamaah di masjid Taman Bandar Baru yang terletak bersebelahan dengan padang tersebut.Pertama kalinya masjid itu dipenuhi dengan jamaah untuk solat asar.

Majlis pelancaran bermula jam 5.30 petang dengan semua peserta berkumpul ditengah padang mengikut kawasan masing-masing menghadap pentas utama.



Majlis dimulai dengan bacaan doa' oleh Ust Yusuf Awang, Exco DPPNK dan seterusnya ucapan YB Anthony Loke , Ketua Pemuda DAP Pusat kemudian Ucapan oleh Sdr. Saiful Izham, Ketua AMK Kedah dan Ust Musoddak Hj Ahmad, Ketua Pemuda PAS Kedah.

Ucapan Perasmian dan Pelancaran telah disempurnakan oleh YB Hj Zaki Ibrahim , Bendahari Pemuda PAS Pusat. Turut hadir dalam majlis tersebut bakal calon N.25 Bukit Selambau, Sdr. Manikumar yang turut memberi ucapan ringkas meraikan kehadiran semua pemuda dan mengucapkan terima kasih atas komitmen yang diberikan.

Turut hadir ialah YB Sen. Zamry Yusuf, Naib Pengerusi PKR Kedah, Sdr. Adram Musa, Exco DPPP, Ust. Ahmad Yahya Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah, ust Rosli Azmi ,Setiausaha DPPNK, YB Ust Firdaus Jaafar, Ketua Penerangan DPPNK, YB Ust Izzat Shauki, Adun Bukit Lada, Sdr Yusrin Zakri, Pegawai Khas MB Kedah, Sdr. Md Yani Bakar, Exco DPPNK, Ust Yusni Mat Piah, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang dan beberapa oleng Exco AMK Kedah dan Exco DPP Pulau Pinang.



Para Pemuda PAkatan rakyat juga telah melafazkan ikrar untuk berkerja bersungguh bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di Dun Bukit Selamabu dan akan mematuhi setiap arahan sepanjang pilihanraya berjalan. Bacaan Ikrar diketuai oleh Sdr. Azman Nasruddin, Timbalan Ketua AMK Kedah.

Majlis tersebut juga berjaya menarik perhatian penduduk taman tersebut apabila mereka memenuhi ruang diseliling padang awam tersebut.
Selepas itu semua pemuda Pakatan Rakyat telah menjalankan misi mengedar risalah kepada semua penduduk di taman Bandar Baharu.

Pada sebelah malam diadakan Ceramah Perdana Pemuda Pakatan Rakyat ditempat yang sama.
Ceramah oleh, Ust Ahmad Yahya, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah, YB Anthony Loke, Ketua Pemuda DAP, Sdr. Fariz Musa, Timbalan Ketua AMK Pusat dan beberapa orang pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat.



lagi gambar menarik akan diposting kemudian...

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons