Isnin, 30 Jun 2008

Victor berang dakwaan tak berasas terhadap Kedah

30 June 2008

(admin : disertakan video sekali cakap2 pihak tersebut)

"KAMI main bukan kerana wang tetapi untuk menang." Itu ketegasan yang disuarakan kapten, Victor Andrag selepas barisan Kedah didakwa sengaja mempamerkan aksi hambar pada saingan Piala Malaysia menentang Kuala Lumpur Jumaat lalu.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman itu, Kuala Lumpur mencipta kejutan apabila meraih kemenangan 1-0 ke atas Kedah.

Tuduhan liar itu didakwa sengaja dilemparkan sesetengah pihak selepas mendapati skuad Kedah belum mendapat wang imbuhan daripada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) hasil kejayaan mereka menjuarai Piala FA lalu.

Menurut Victor, tuduhan tidak berasas itu sememangnya ditunggu-tunggu oleh mereka yang ingin mensabotaj kejayaan skuad Kenari sebelum ini.

"Masalah wang imbuhan itu sebenarnya tidak timbul kerana kami ketika ini lebih fokus kepada saingan Piala Malaysia.

"Kekalahan kami pada perlawanan lalu berpunca daripada keletihan setiap pemain setelah terpaksa mengharungi jadual perlawanan yang terlalu padat," jelas Victor.

Katanya lagi, wang hasil kejayaan Kedah menjuarai Piala FA baru-baru ini sebenarnya belum disalurkan lagi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada KFA.

"Atas dasar itu, tidak munasabah jika di tuding jari kepada kerajaan negeri Kedah yang mengendalikan KFA," katanya.

Sementara itu, pengendali Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah memberitahu, dia turut kecewa dengan sikap pihak yang bertanggungjawab terhadap dakwaan tersebut.

"Sebelum tuduhan dilemparkan kepada sesiapapun perkara berkenaan sepatutnya disiasat terlebih dahulu kerana dalam hal imbuhan Piala FA, sebenarnya kami belum mendapat wang tersebut daripada FAM.

"Jangan jadikan kekalahan yang berpunca daripada kelesuan pemain untuk mengaibkan pasukan ini.

"Sepatutnya soalan wang Piala FA itu diajukan kepada FAM, kerana wang tersebut ada pada mereka," ujar Azraai kesal.


0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons