Khamis, 6 November 2008

Pemuda Pas bantah persidangan UMNO diadakan di sekolah

06 November 2008

YAN - Ketua Pemuda Pas Kawasan Jerai, Mohamad Ismail berkata, Persidangan UMNO Bahagian Jerai tidak sepatutnya diadakan di institusi kerajaan seperti sekolah-sekolah kerana kepentingan parti tidak sepatutnya dibawa masuk ke sekolah.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian semasa mengulas mengenai persidangan UMNO Bahagian Baling yang telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Baling, baru-baru ini.

“Pemuda Pas Kawasan Jerai turut membantah sekiranya Persidangan UMNO yang dijadualkan akan diadakan di Sekolah Menengah Agama Yan yang akan diadakan pada 8 November ini terus diadakan di sekolah tersebut,” tegasnya.

Menurutnya, aktiviti mana-mana parti tidak sepatutnya diadakan di sekolah-sekolah, sekali pun mereka menyewanya.

Katanya, masih ada banyak lagi tempat yang lebih sesuai boleh diadakan perhimpunan atau aktiviti seperti termasuk di Dewan Orang Ramai, Dewan Majlis Daerah dan sebagainya tanpa melibatkan institusi pendidikan yang terdapat di negeri ini.

“Sebagai contoh, di daerah Yan sendiri terdapat banyak tempat yang lebih sesuai untuk diadakan mesyuarat oleh mana-mana parti termasuk di Dewan Orang Ramai Guar Chempedak dan Dewan Dato’ Madi,” katanya

Menurutnya lagi, Pemuda Pas dan wakil kepada Ahli Parlimen Jerai akan membuat bantahan sekiranya UMNO mengadakan aktiviti parti di mana-mana sekolah.

Selain itu, surat bantahan itu juga akan dihantar ke sekolah yang terlibat, ianya adalah kerana kita tidak mahu kepentingan mana-mana parti dibawa masuk ke sekolah di mana ianya merupakan institusi pendidikan.

“Kita (Pas) sendiri tidak pernah mengadakan aktiviti parti di sekolah-sekolah milik kerajaan, Pas mempunyai tempat sendiri untuk mengadakan sebarang aktiviti parti.

Mohamad berkata, sekiranya pihak UMNO terus mengadakan aktiviti parti di sekolah-sekolah, menunjukkan bahawa mereka (UMNO) tidak “Gentlemen” kerana mereka telah menggunakan kemudahan kerajaan persekutuan yang ada untuk mengadakan aktiviti parti dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku.

“Selain itu, kita juga kecewa dengan tindakan meletakkan nama Barisan Nasional (BN) di papan tanda pada sesuatu projek kerajaan yang diadakan di negara ini.

“Ini menunjukkan mereka (kerajaan BN) membelakangkan Malaysia, kerana projek tersebut merupakan projek daripada Kerajaan Malaysia oleh yang demikian lebih baik menggunakan nama Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Wakil Peribadi kepada Ahli Parlimen Jerai, Mohd Shubihi Mohd Zain berkata, bahawa tidak sepatutnya sekolah-sekolah dijadikan tempat mengadakan aktiviti mana-mana parti dan pada masa yang sama, terdapat juga ahli UMNO yang menganggap bahawa Dewan Orang Ramai merupakan hak UMNO.

“Perkara tersebut tidak betul kerana Dewan Orang Ramai adalah hak semua masyarakat,”jelasnya. ~ SinarHarian ~

PERMINTAAN SERTAI KBS LUAR BIASA, PENDAFTARAN DITUTUP

Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena

Permintaan untuk menyertai Kem Bina Sahsiah 2008 datang mencurah-curah sehingga tak menang tangan pihak sekretariat menjawab panggilan telefon dan juga sms. Permintaan mendadak berlaku selepas iklan KBS disiarkan dalam Harakah isnin lepas. Sehingga kini pihak sekretariat telah menerima hampir 300 permintaan untuk sertai KBS yang mana sasaran peserta hanya seramai 200 orang sahaja. Ini menyebabkan pihak sekretariat terpaksa menolak banyak permohonan yang melebihi had.

Pengarah KBS, Ust Musoddak Hj Ahmad menyatakan bahawa permohonan menyertai KBS tahun ini amat luar biasa ini berbanding tahun-tahun lepas. Mungkin ini disebabkan oleh faktor yuran pendaftaran yang rendah dan tempoh kem selama 21 hari yang amat baik untuk mendidik peserta.

Beliau juga memohon maaf kepada waris peserta yang permohonan mereka terpaksa ditolak kerana tempat yang terhad. Beliau juga memberi jaminan KBS ini akan berjalan dengan baik setiap peserta akan diberi perhatian yang terbaik untuk kebaikan mereka.

isu najis babi jadi baja- Bau busuk ganggu penduduk sekitar

Thursday, November 6, 2008

Oleh: Fakhri Ahmad

Naka, 5 Nov - Bau busuk yang terhasil dari baja yang dipercayai najis babi, sering dibawa ke sebuah ladang getah disini telah meyebabkan penduuduk sekitar membuat aduan kepada Kerajaan Negeri.

Hasil maklumat penduduk tempatan, Pegawai Khas MB Kedah, Saudara Ismadi Haji Kader bersama Pengarah JPJ Negeri Kedah Haji Jaafar Muhammed telah melakukan tinjauan sekitar jalan yang dipercayai digunakan itu.

Muatan baja dipercayai daripada najis babi itu sering dibawa menggunakan jalan Tekai, dan dibawa ke sebuah ladang getah yang di tanam dengan pokok betik.

Dalam tinjuan yang di buat di kawasan ladang getah milik Syarikat Gula Padang Terap itu, baja tersebut dikatakan digunakan untuk tanaman pokok betik yang di tanam di antara anak-anak pokok getah di ladang tersebut.

Namun maklumbalas pihak ladang baja itu menyatakan bahawa baja yang dibawa itu adalah baja najis ayam yang telah diproses dengan hampas kelapa sawit. Hasil dari proses campuran itulah yang telah mengeluarkan bau seakan-akan bau najis babi.

Menurut Ismadi, contoh baja tersebut telah dihantar untuk dianalisa dan menunggu lapuran daripada pihak berkenaan.

“ pihak kerajaan negeri dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan akan sentiasa memberikan perhatian masalah bau busuk yang di hadapi penduduk berhampiran “’ ujarnya.

Sementara itu pihak JPJ akan bertindak tegas terhadap lori yang membawa najis itu dan akan sentiasa membuat pemantauan di sekitar kawasan Tekai ujar Haji Jaafar Muhammad kepada warta.

Posted by Warta Darul Aman Daily

Rabu, 5 November 2008

Pemuda PAS desak MB ganti Canselor Unisel

Saidah Hairan
Wed | Nov 05, 08 | 11:55:13 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor tidak nampak keberkesanan peranan isteri timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) selama ini.

Ketuanya, Ustaz Sallehen Mokhyi berkata, Unisel merupakan satu institusi akademik oleh itu pelantikan Canselor mesti ada hubungkait dengan tokoh akademik dan orang yang bebas atau tidak terikat dengan mana-mana parti politik.

Memandangkan pelantikan Rosmah sejak zaman kerajaan BN, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid tidak ada alasan untuk menggantikan canselor yang lebih layak dan mempunyai latarbelakang akademik, tegasnya.

"Unisel berorientasikan ilmu bukan politik maka amat tidak sesuai Rosmah dilantik sebagai canselor. Jika Unisel merupakan pusat teater atau kebudayaan maka sesuai Rosmah diletakkan disitu,"katanya.

Beliau berkata, ramai lagi tokoh yang sesuai diletakkan di Unisel yang boleh dijadikan model atau rujukan pada pentadbiran dan akademik.

Katanya, jawatan Canselor merupakan tempat yang penting dalam institusi kerana ia menggambarkan bagaimana bentuk yang akan berlaku di institusi tersebut.

"Kita lihat banyak insititusi yang tidak dapat bersaing sehingga ke peringkat antarabangsa bahkan ketinggalan jauh disebabkan kongkongan politik sempit," tegasnya.

Beliau beranggapan Unisel tidak boleh bergerak lebih jauh disebabkan kongkongan atau campurtangan politik yang terlalu kuat.

Unisel merupakan universiti penuh milik kerajaan negeri itu melantik Rosmah sebagai canselor pertama pada Ogos 2006.

Unisel ditubuhkan pada 1999 diuruskan oleh Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd (PIYSB) dipengerusikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.-SH

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons