Selasa, 19 Oktober 2010

WEB TV KERAJAAN KEDAH

JANGAN DOK IKUT ORANG YANG AJAK KITA MENCURI

Ditulis oleh ZULKIFLI YAHAYA


Alor Setar – Tindakan pihak tertentu enggan menjelaskan bil air setelah menggunakannya, samalah seperti mengambil hak orang lain tanpa keizinan.
"Dalam Islam hukumnya sangat jelas, iaitu haram dan berdosa,” demikian ditegaskan oleh Timbalan Speaker DUN Kedah Ustaz Ahmad Izzat Shauki.
Menurut beliau lagi, apabila seseorang bersetuju untuk memasang meter di rumah bagi penyaluran air maka bermakna berlaku ‘persetujuan’ dengan pembekal bahawa dia akan membayar harga air tersebut.
Maka apabila seorang itu dengan sengaja enggan untuk membayarnya maka bermakna dia telah mengambil, mengguna atau meminum sesuatu yang bukan haknya.
“Takkanlah benda yang haram tergamak kita nak suap dalam mulut anak isteri atau ahli keluarga kita?” tanya Ustaz Izzat.

Menyentuh tindakan pihak tertentu yang berkempen kepada rakyat Kedah untuk memboikot bil air, beliau menjelaskan bahawa perbuatan tersebut dalah lebih keji kerana mengajak orang ramai melakukan perkara yang haram.

“Rasulullah SAW dah beritahu, barangsiapa yang menunjukkan kepada orang lain melakukan kebaikan maka dia akan mendapat pahala sebagaimana orang lain melakukan, sebaliknya sesiapa yang menunjukkan kepada orang lain melakukan kejahatan maka dia akan turut menanggung dosa yang mereka lakukan,” tegasnya.

Menurut Ustaz Izzat, dari penjelasan CEO SADA Dato’ Adzmi Din bahawa, kenaikan dua sen untuk satu tong dram air adalah berasas. Dengan kenaikan tersebut SADA dianggarkan akan mengalami kerugian RM24 juta setahun, berbanding jika tidak dinaikkan kerugian yang dialami ialah RM42 juta setahun.

Menyentuh mengenai dakwaan pihak yang memboikot tarif air kononnya ia dibuat kerana mutu perkhidmatan air di sesetengah kawasan masih lembab, ADUN Bukit Lada itu menjelaskan bahawa alasan yang diberikan tidak munasabah.

“Kelemahan hanya berlaku di segelintir kawasan, mengapa pihak yang menerima bekalan dengan sempurna pula yang nak boikot?

“Bagi kawasan yang terdapat masalah, pengguna boleh berurusan terus dengan SADA, berbincang dengan baik untuk atasi masalah. SADA pun seperti yang kita sedia maklum telah berusaha habis-habisan untuk mengatasi masalah, berusaha menyiapkan loji secepat mungkin di samping menukar lama dengan yang baru. Mereka bukan duduk saja,” ujarnya.

GAMBAR SEKITAR LAWATAN DPPNK KE KAWASAN PADANG TERAP

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah sedang giat mengadakan lawatan ke Kawasan bertemu dengan AJK DPP Kawasan bagi mengeratkan lagi hubungan ukhuwwah . Juga untuk mengetahui dengan lebih dekat perkembangan semasa Dewan Pemuda PAS di kawasan disamping memaklumkan perkembangan Pemuda diperingkat Negeri. Alhamdulillah mendapat sambutan yang baik dengan kehadiran yang sangat membanggakan.  baru 5 Kawasan dah turun ada lagi 10 kawasan. Diharap kawasan yang akan datang bersedia menerima kedatangan rombongan Exco DPPNK.
Dibawah adalah gambar semasa lawatan di Padang Terap.
KETUA PEMUDA KEDAH SEDANG BERUCAP

ASYIK MENDENGAR LAPORAN SETIAUSAHA PEMUDA KAWASAN

SETIAUSAHA DPPNK KUSYUK MENDENGAR UCAPAN

SU DPP PADG TERAP BERSAMA KETUA PEMUDA KEDAH

MUNGKIN ADA YANG LUCU SEHINGGA TERSENYUM

Khamis, 14 Oktober 2010

RAYUAN SUMBANGAN UNTUK PENUBUHAN MAAHAD TAHFIZ PERTAMA DIBAWAH DEWAN PEMUDA PAS KEDAH

RUMAH YANGDIWAKAFKAN
 AKAN DIJADIKAN MAAHAD TAHFIZ

GOTONG ROYONG BERSIH KAWASAN

SETIAUSAHA DPPNK BERSAMA PENGERUSI JABATAN PENDIDIKAN DDPNK

PANAORAMA MENARIK BERHAMPIRAN MAAHAD TAHFIZ
Sukacita dimaklumkan bahawa Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dalam usaha untuk menubuhkan sebuah Maahad Tahfiz Quran yang diberi nama AL FITYAN  yang merupakan maahad tahfiz pertama dibawah kendalian Dewan Pemuda PAS Kedah. Terletak di Kg. Setar, Yan di kaki Gunung Jerai. Sehubungan dengan itu orang ramai dijemput untuk menghulurkan sumbangan bagi mengumpul dana bagi kerja-kerja persiapan awal penubuhan Maahad Tahfiz ini.
Sumbangan boleh dihulurkan melalui " TABUNG PENDIDIKAN ISLAM KEDAH" NO AKAUN BANK ISLAM : 02011010058929

Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi Ust Mohamad bin Ismail, Pengarah Jabatan Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah di talian 019 4227323

Sehingga kini Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah memiliki 2 buah Sekolah rendah Islam iaitu Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) di Alor Setar dan Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) di Guar Chempedak dan turut mengendalikan  Sekolah Menengah Agama Al Baqiyatus Solihat di Kg. Ranggut, Langkawi yang akan memasuki tahun kedua pada 2011.

Selasa, 12 Oktober 2010

DEWAN PEMUDA PAS KEDAH BUAT LAPORAN SPRM ISU PEMBINAAN LOJI AIR

Mohd Shubihi Muhamad Zain   
ALOR SETAR, 11 Oktober: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan kos pembinaan loji pembersihan air di Lubuk Buntar dan Padang Sanai di negeri itu.
Ketua DPPNK, Ustaz Ahmad Yahya berkata, pendedahan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak baru-baru ini berkaitan penyelewengan yang berlaku dalam pengurusan air di negeri itu mendorong pihaknya membuat laporan kepada SPRM.
“Kami dah buat laporan rasmi tentang penyelewengan isu air seperti mana yang disiarkan media sebelum ini dan kita serah sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan.
"Laporan setebal dua muka surat itu berjaya diserahkan terus kepada Pengarah SPRM Kedah, Datuk Idrus Jaafar di pejabatnya pagi tadi," katanya.
Media sebelum ini melaporkan Azizan telah mendedahkan penyelewengan kos pembinaan loji pembersihan air di Padang Sanai berjumlah RM155 juta berbanding harga sepatutnya mengikut piawaian hanya di sekitar RM50 juta ke RM60 juta sahaja.
Satu lagi loji yang turut didedahkan ialah loji pembersihan air di Lubuk Buntar yang berharga RM65 juta berbanding harga sebenar di antara RM25 juta ke RM30 juta sahaja.
Turut bersama mengiringi Ahmad ialah Timbalan Ketua DPPNK, Muhammad Sanusi Md Nor, Naib Ketua DPPNK, Ustaz Ahmad Izzat Shauki, Setiausaha DPPNK, Mohd Rosli Azmi dan beberapa Exco DPPNK.

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons