Memaparkan catatan dengan label sada. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sada. Papar semua catatan

Sabtu, 9 Oktober 2010

Tarif Air Vs Kedaulatan hak Negeri-Negeri

Tarif Air Vs Kedaulatan hak Negeri-Negeri






SENARIO



Sepanjang 50 tahun Barisan Nasional (BN) mentadbir Kedah (1957-2007), negeri ini dibebani hutang sebanyak RM2.4 bilion, yang mana RM1.7 bilion daripada jumlah itu adalah pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai perkhidmatan bekalan air . Setelah mengambil alih pemerintahan pada Mac 2008, kerajaan PR mendapati selain bebanan hutang yang sangat tinggi, infrastruktur dan perancangan perkhidmatan ini jauh ketinggalan di belakang keperluan semasa dan unjuran keperluan masa hadapan.

.

Hal ini berlaku kerana pihak Kerajaan Negeri waktu itu lebih cenderung membuat pinjaman daripada kerajaan persekutuan, berbanding memohon geran (yang menjadi hak rakyat Kedah yang juga rakyat Malaysia) gara-gara keinginan mereka menentukan projek-projek itu dapat diagihkan berdasarkan kepentingan politik mereka. Hal ini dapat dikesan dengan ketara dalam projek pembinaan loji air di Padang Sanai yang telah dibangkitkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pada bulan Ogos 2010.

.

Kegagalan membayar balik pinjaman bekalan air dihadapi oleh semua kerajaan yang diperintah oleh BN, (dulu kini dan selamanya) melibatkan jumlah yang besar dan menjadi bebanan pula kepada kerajaan Pusat. Pihak Kerajaan Pusat dalam usaha memastikan hutang-hutang lapuk itu dibayar oleh semua kerajaan negeri, telah mengambil langkah ‘merampas secara halus’ hak yang telah diperuntukan dalam perlembagaan persekutuan sebagai hak kerajaan negeri iaitu sumber dan bekalan air. Perlembagaan Persekutuan telah dipinda untuk menjayakan langkah ini.

.

Keadaan lebih parah lagi apabila Kerajaan BN sebelum ini menswastakan beberapa sektor penting dalam perkhidmatan bekalan air kepada syarikat kroni mereka tanpa mengambilkira kepentingan rakyat dan negeri Kedah.

.

Pindaan Perlembagaan dan Pencerobohan Hak Kerajaan Negeri Terhadap Sumber Air: Fakta-Fakta Penting yang Perlu Rakyat Tahu.



Pindaan Perlembagaan berkaitan pengawalan sumber dan perkhidmatan bekalan air membawa kesan yang amat besar kepada negeri-negeri seluruh Semenanjung Malaysia. Sumber dan perkhidmatan air dipisahkan seperti berikut:



i) Sumber air – Kerajaan Negeri

ii) Perkhidmatan bekalan air – Kerajaan Pesekutuan

.

Pindaan ini melibatkan antara lain:



1. Akta Perkhidmatan Air Negara (Water Sevices Industry Act – WASIA) diluluskan di Parlimen Malaysia dan diwartakan pada 2006 telah membawa kepada:

.

a) Pembentukan Suruhanjaya Perkhidmatan air Negara (SPAN) sebagai entity pengawal (regulatory) perkhidmatan air seluruh Negara.

.

b) Diwujudkan Perbadanan Aset Air Negara (PAB) sebagai sebuah entity milik penuh Perbadanan Menteri Kewangan (MOF Incorporated), khusus untuk menyediakan capital/dana untuk pembinaan asset-aset bekalan air (loji, paip, tangki, pusat rawatan dll). PAB juga ditugaskan membeli dan menguruskan semua hutang tidak berbayar (NPL) kerajaan-kerajaan negeri.

.

c) Berasaskan akta ini, bagi sektor pengurusan bekalan air, kerajaan-kerajaan negeri tidak dapat mengelak daripada bergerak kepada penubuhan entity/syarikat korporat seperti SADA.

.

d) Entiti/syarikat ini dibenarkan dimiliki oleh kerajaan negeri, tetapi dikawal sepenuhnya oleh SPAN.

.

2. Enekmen Syarikat Pengganti diluluskan sewaktu zaman BN.



Bagi memenuhi kehendak Akta ini, Kedah seperti negeri-negeri lain membentangkan dan meluluskan satu Enekmen dalam Sidang Dewan undangan Negeri pada awal tahun 2008 (sewaktu di bawah BN). Enekmen Syarikat Pengganti Pengurusan Bekalan Air Negeri Kedah diluluskan sebagai langkah mula mengkoprat Jabatan Bekalan Air (JBA) selaras dengan Akta yang dikuatkuasakan oleh SPAN.



3. Justifikasi penubuhan SADA



Pada 1/1/09, SADA ditubuhkan bagi menjalankan kerja-kerja JBA berasaskan justifikasi bahawa :

Berdasarkan Akta SPAN, Kerajaan Pusat berhak mengambil alih sepenuhnya perkhidmatan bekalan air di mana-mana negeri – melalui arahan Menteri berkaitan - bilamana satu laporan audit oleh SPAN mendapati kedudukan kewangan agensi air negeri tidak berupaya menampung operasinya. Sekiranya hal ini berlaku, maka hilanglah hak kawalan negeri ke atas sumber dan perkhidmatan air, seperti yang ditentukan oleh perlembagaan. Ini adalah satu bentuk ‘penjajahan/pencerobohan’ Kerajaan Pusat ke atas ‘kedaulatan’ Kerajaan Negeri.



Cengkaman Perbadanan Aset Air Negara (PAB)



a) Ditubuhkan di bawah MOF Inc, milik penuh (100%) Kementerian Kewangan, dengan tujuan:

.

i) Menyediakan dana secukupnya kepada syarikat pengendali/operator air untuk pembangunan asset-aset air (loji, tangki, paip dll).

.

ii) Menguruskan pinjaman/hutang kerajaan-kerajaan negeri.



b) Sumber kewangan PAB.



i) Pinjaman kerajaan Pusat – yang sebelumnya diberikan kepada kerajaan negeri, kini diberikan kepada PAB dan agensi ini berkuasa penuh ke atas sumber ini.

.

ii) Pasaran kewangan antarabangsa.



c) Semua asset yang dibina/diambilalih oleh dana PAB akan disewakan kepada syarikat/operator bekalan air pada kadar yang ditentukan oleh PAB. Sewa ini digunakan untuk membayar hutang kerajaan negeri.

.

d) PAB membeli hutang/NPL kerajaan negeri daripada kerajaan pusat dan bayaran dibuat secara lump-sum (sekaligus) melalui pembiayaan dana antarabangsa. Akibatnya, kerajaan negeri kini berhutang kepada PAB dan tertakluk kepada syarat berikut:

.

i) Semua asset air yang ada hendaklah dipajak kepada PAB sebagai jaminan pinjaman/hutang.

.

ii) PAB akan buat pajakan kecil kepada SADA – supaya SADA mempunyai kawalan terhadap asset supaya dapat berfungsi sebagai operator air.

.

iii) Membayar fee pajakan kecil asset air kepada PAB

.

iv) Membuat bayaran pinjaman/NPL kepada PAB mengikut jadual yang ditetapkan.

.

Mengatasi cengkaman Pusat melalui PAB



Bagi menghadapi situasi yang mencengkam ini, bagi mengelak rakyat Kedah kehilangan pegangan dan hak ke atas sumber dan asset air, Kerajaan Negeri melalui SADA telah mengambil langkah-langkah perlu bagi mengawal kepentingan negeri dan rakyat Kedah, antaranya meletakkan syarat berikut: .

.

i) Struktur pemilikan saham PAB tidak berubah – 100% milik MOF- sekiranya pemilikan PAB berubah melalui penjualan saham atau pengambilalihan melalui apa-apa cara sekalipun kepada mana-mana pihak, maka perjanjian pajakan adalah terbatal dengan sendirinya dan semua hutang piutang akan dihapus kira. Syarat ini telah dipersetujui oleh PAB melalui siri rundingan dengan SADA.



Audit Prestasi Semasa yang membawa kepada Arahan menaikkan kadar tariff.

.

• Setelah mengambil alih hutang/NPL kerajaan negeri, PAB telah mengarahkan SPAN untuk menjalankan audit kepada semua akaun operator-operator air negeri-negeri untuk meneliti kemampuan kewangan syarikat-syarikat pengendali air seluruh Negara – bagi memastikan mereka dapat mengutip bayaran balik.

.

• Hasilnya- ternyata selama dibawah kerajaan BN selama 50 tahun, prestasi kewangan JBA (kemudian SADA) amat lemah/tidak mampu – dengan liability yang ada.

.

• Mesyuarat Kabinet pada hujung tahun 2009 telah memutus dan meluluskan pada dasarnya tariff air mesti dinaikkan di seluruh semenanjung.

.

• Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Bekalan Air telah menghantar surat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan operator air supaya mengemukakan model-model kadar tariff sedia ada.

.

• SPAN sebagai pengawal (regulatory) telah mengarahkan supaya operator-operator air negeri-negeri mengemukakan model-model semakan tarif.



SADA Mengemukakan 3 model semakan tariff.



• SPAN memanggil Dewan-dewan perniagaan, persatuan-persatuan pengilang peringkat negeri dan nasional, persatuan pengguna dan kesatuan wartawan untuk berunding , dan pada dasarnya semua bersetuju dengan model-model yang dikemukakan.



Mempertahankan Kadar Tarif Rumah Ibadat dan Kebajikan.



• SPAN memanggil semula operator-operator air untuk mengkaji model-model yang telah dirundingkan. SADA telah mempertahankan supaya bagi rumah-rumah ibadat, premis-premis berasaskan kebajikan tidak dinaikkan tariff – dan dipersetujui.



Rancangan kadar Tarif Air Kerajaan Pusat Melalui SPAN



• Pada tahun 2013, semua kadar tariff air diseragamkan seperti kadar tariff elektrik. Kadar yang ‘selesa’ bagi SPAN ialah RM0.90 sen semeter padu – sama dengan kadar Negeri Johor.

.

• Atas dasar mempertahankan dan mempertimbangkan kedudukan bebanan kepada rakyat, SADA berjuang supaya kadar hanya dinaikkan sedikit (RM0.10 sen). Kepentingan rakyat telah dipertimbangkan semasak-masaknya dalam setiap perundingan dengan SPAN.



Kedudukan Kedah Berbanding beberapa Negeri



• Terdapat 52,000 akaun pengguna, 90% adalah pengguna domestic dan 10% pengguna industry. Keadaan ini meletakkan SADA menghadapi kumpulan pelanggan yang majoritinya berada dalam tariff paling rendah.

.

• Berbanding Pulau Pinang yang mempunyai pelanggan industry lebih banyak dari pengguna domestic.

.

• Kedah menguruskan 13,000 kilometer (km) saluran paip bekalan air, berbanding 2,000 km bagi Pulau Pinang dan 1,000 km di Perlis. Kos mengendalikan dan menyelenggara bekalan dan tekanan air di Kedah jauh lebih tinggi berbanding negeri jiran.

.

• Paip-paip di Kedah member pulangan rendah disebabkan taburan penduduk berselerak dan berjauhan – berbanding Pulau Pinang yang mempunyai taburan penduduk padat dan tertumpu – kos jadi rendah.



Tanggungan Akibat Penswastaan Bekalan Air Kerajaan BN Kepada Syarikat Kroni.



i) Telework Sdn Bhd – Pengurusan bekalan air di seluruh Langkawi. Akibat kos operasi yang lebih tinggi berbanding pulangan yang telah dipersetujui dalam perjanjian penswastaan oleh Kerajaan BN waktu itu, maka, sehingga perjanjian tamat pada tahun 2020, SADA terpaksa top-up RM25-RM50 juta setahun dan akan meningkat sehingga RM70 juta setahun menjelang 2020. Tindakan ini mengakibatkan hutang SADA terus meningkat dari masa ke semasa, disamping hutang kepada kerajaan pusat. Hal ini menjejaskan prestasi kewangan SADA dan meletakkan Kedah sentiasa dalam risiko kehilangan asset terpenting kepada rakyat Kedah dari sudut keselamatan, ekonomi, social dan politik.

.

ii) Air Utara Indah Sdn Bhd (AUI) – Memproses/merawat air di lima loji utama/terbesar di seluruh negeri, iaitu di loji Plubang, Bukit Pinang, Pinang Tunggal, Sungai Petani dan Sg Ular. Berdasarkan perjanjian, kos rawatan air dikira berdasarkan jumlah air yang dirawat, bukan air yang sampai kepada pengguna. Oleh kerana Kedah mengalami Non-revenue water (NRW) sebanyak 48%, maka, SADA terpaksa membayar kos tersebut tanpa sebarang pulangan. SADA sedang berusaha mengurangkan kadar NRW kepringkat minimum. Sekitar RM90 juta dibayar kepada AUI setahun.



• Kedua-dua perjanjian ini tidak ada ‘exit clause’, dirangka sedemikian rupa untuk memastikan syarikat-syarikat ini menerima bayaran dengan selamat walaupun rakyat Kedah ‘sengsara’.



iii) Kenaikan tariff elektrik berkali-kali sejak 17 tahun lalu (sejak 1993). Kos bil elektrik sekitar RM30 juta sebulan.



iv) Peningkatan kos bahan kimia.



Moral di sebalik kenaikan tariff air dan perjuangan rakyat Kedah.



Setelah ‘kehilangan’ sebahagian hak ke atas tanah yang dihakis melalui Kanun Tanah Negara (1960), Kerajaan dan rakyat Kedah kini harus berjuang mempertahankan hak dan menghalang Barisan Nasional melalui Kerajaan Pusat mengambil alih asset-aset, operasi, sumber berkaitan air, yakni salah satu hak negeri yang dijamin oleh perlembagaan. Ini adalah perjuangan besar yang tidak wajar dikorbankan hanya dengan kenaikan sekupang bagi semester padu. Kita harus member sokongan sepenuhnya kepada Kerajaan PR melalui sokongan terhadap SADA demi mempertahankan asset strategic bagi keselamatan, ekonomi, soaial dan politik Kedah. Ini adalah kedaulatan negeri tanah tumpah darah kita semua!

.

Esok: Yang tersirat di sebalik kenaikan tarif air...

Sekian.



Muhammad Sanusi Md Nor,

SETPOL MB

Khamis, 11 Mac 2010

Demontrasi Isu Air... Nak Jadi Hero atau Buka Pekung Di Dada?

Petang tadi ada kawan foward sms mengajak orang ramai berdemontrasi depan wisma pagi esok atas isu air, kata mereka, Kedah ada 4 empangan besar, tapi air sering tak ada, kotor dan keruh. Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang baru diwujudkan sebagai badan pelaksana/operator di negeri Kedah di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) diterjemahkan sebagai "Syarikat Air Dato' Azizan". Maka diseru orang ramai bawa baldi dan timba untuk diserahkan kepada YAB MB esok.
.
Seingat saya, sejak awal mengambil alih kerajaan ini YAB telah mengutarakan isu yang sangat besar untuk diangkat oleh kerajaan dan rakyat Kedah iaitu: Kedah harus dibayar RM100 juta setahun atas pengorbanan kerajaan dan rakyat menyediakan bekalan air bagi kegunaan pertanian di utara semenanjung. Ia disebut Carbon Money atau Payment Of Environment Sevices (PES). Dengan air yang ditakung dalam empangan di Kedah, yang ditadah oleh hutan-hutan yang tidak diusik di negeri ini, maka sektor pertanian khususnya padi dapat ditanam 2 kali setahun di kawasan MADA Kedah dan Perlis hingga Pulau Pinang. Air Kedah juga menjadi sumber kegunaan domestik dan industri di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Hasil dari pertanian dan industri ini kebanyakannya mengalir kepada Kerajaan Pusat dalam bentuk cukai dan penyumbang kepada KDNK.
.
Kedah menjadi jelapang padi kerana tadahan air ini, Pulau Pinang berjaya mengangkat Syarikat Pengurusan Bekalan Airnya ke papan Utama Bursa Malaysia kerana sumber Air Kedah. 63% beras untuk rakyat Malaysia datang dari jelapang padi yang disalirkan oleh air Kedah. Maka, pengorbanan rakyat Kedah untuk negara harus dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan peruntukan RM100 juta setahun. Tapi tak ramai rakyat Kedah bangkit menyokong tuntutan ini. Masa BN memerintah dulupun, tuntutan ini tidak diperjuangkan sepenuhnya, walaupun dari satu bakul politik yang sama.
.
Timbalan Menteri Pertanian & Asas yani dari Jitra yang kurang cermat itu tiba-tiba membuat kenyataan menghentam Kerajaan Negeri akibat isu air dengan berkata walaupun kemarau bertahun-tahun, bekalan air di Kedah tak akan terjejas kerana Kedah banyak empangan. Dia terlupa empangan itu untuk pengairan pertanian yang dibawah kementeriannya. Alangkah malangnya kementerian itu!
.
Minggu sudah, SADA memohon JPS melepaskan takungan dalam Empangan Beris ke Sungai Muda kerana banyak( inlet) rumah pam sudah tergantung kerana air sungai surut kerana kemarau. Akibat kepanasan yang melampau, berlaku banyak kehilangan air proses pemeluapan dan NRW (Non Reveniew Water). Rumah pam dan tangki SADA sudah beroperasi pada tahap maksimum, kalau ditambah lagi pressure ke atas kelengkapan ini, ia boleh rosak sepenuhnya.
.
Ini musim kemarau! Negeri-negeri lain seperti Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Kelantan sudah melaksanakan catuan air. Syabas di Selangor adalah antara operator air terbaik negara waktu ini juga menghadapi masalah hingga terpaksa mencatu bekalan air. 20 liter padu pertama air di Selangor adalah percuma.
.
Masalah air di Kedah sekarang tidak ada sangkut paut dengan kelemahan pengurusan kerajaan sekarang ataupun kelemahan 'Syarikat Air Dato' Azizan'. Ia bersangkut dengan musim kemarau panjang di seluruh negara.
.
Johor adalah negeri kelahiran UMNO, kalau parti itu cekap, mengapa Johor juga menghadapi krisis, sedangkan operatornya juga antara yang terbaik waktu ini, dan Johor adalah pembekal air kepada Singapura? Negeri 9 tidak diperintah oleh selain dari BN, tetapi kena mencatu air sekarang. Maka, tak perlulah menyalahkan siapa jadi parti pemerintah sekarang kerana parti tak boleh mengawal cuaca. Kemarau dicipta oleh Yang Maha Pencipta, Pemilik Dunia ini.
.
Kalau nak juga menyalahkan parti juga, saya ingin katakan semua prasarana dan infra air di Kedah sekarang dibuat di zaman BN, dengan jumlah hutang RM1.6 bilion kepada kerajaan pusat. Banyak paip sudah berkarat dan sering pecah. Malah, prasarana dan infrastruktur air yang sepatutnya berada 5 tahun dihadapan unjuran keperluan air domestik, kini sedang berada di belakang! Bijakkah parti dulu itu?
.
Bekalan dan pengurusan air di Langkawi yang diswastakan kepada sebuah syarikat kroni MCA mendatangkan kerugian kepada kerajaan negeri hampir 20 sen bagi setiap liter. Hingga 2020, unjuran kutipan hasil tahunan ialah RM35 juta, tetapi kerajaan kena bayar kepada syarikat itu lebih RM70 juta setahun. Cerdik kah parti yang memerintah dulu itu?
.
Silalah datang berdemontrasi esok dan jeritlah kelemahan kerajaan sekarang kalau mahu didedahkan lagi kelemahan dan kepincangan orang dulu-dulu. Dan berharap lah dengan bersungguh-sungguh timba dan baldi yang dijinjing itu dapat menamatkan musim kemarau sekarang. Jangan dipecahkan pula, nanti baldi itu boleg diguna untuk menimba air yang melimpah ke dalam bilik tidur kerana banjir! Orang Jitra yang jadi Timbalan Menteri tu suruh lepaslah air di semua empangan untuk minum, memasak dan membasuh, sawah bendang tak akan kering kontang, kerana Dato' adalah Timbalan Menteri yang bijaksana! Kerajaan Pusat, bayarlah RM100 juta atas pengorbanan rakyat Kedah, prasarana akan lebih baik, Kedah akan Sejahtera....

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons