Tawakkal dan Usaha Adalah Kunci Kejayaan Yang Tidak Dapat Dipisahkan. Semoga Keikhlasan Kita Berhijrah Memperbaiki Kelemahan dan Menggandakan Usaha Dalam Perjuangan Menjadi Sebab Tertubuhnya Negara Islam Dan Tertegaknya Syariat Allah.
Ahlan wa sahlan
Selamat datng ke Blog Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah. Terima kasih sudi kembali
SAMBUTAN AMBANG SEJAHTERA
Semua dijemput ke SAMBUTAN AMBANG SEJAHTERA 2012 anjuran URUSETIA PENERANGAN KERAJAAN NEGERI KEDAH.... KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT
MAJLIS LANTUNAN MAHABBAH RASULILLAH
,Satu majlis bagi MENGAMBARKAN DAN MENZAHIRKAN KECINTAAN KITA KEPADA RASULULLAH MUHAMMAD s.a.w. Insan yang membawa rahmat keamanan, keharmonian keadilan serta kesejahteraan untuk kita dan alam seluruhnya.... KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT
IJTIMA' ULAMA' TURATH 2012
Majlis ini ilham dari AJK Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah ( PPT -Kedah) dari persatuan pelajar Tn Guru Hj Salleh Musa... KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT
ALOR SETAR: Pelaksanaan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) sebagai inisiatif untuk meningkatkan punca pendapatan kerajaan merupakan satu bentuk penjajahan terhadap ekonomi sara hidup rakyat, demikian ditegaskan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.
Ketuanya, Ustaz Ahmad Yahya berkata, pelaksanaan tersebut menjadi bukti bahawa Kerajaan Persekutuan diterajui Barisan Nasional biarpun mendakwa berpengalaman lebih 50 tahun mentadbir kerajaan, tetapi hakikatnya terlalu lemah untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara.
“Jangan ambil penyelesaian mudah, apabila susah ‘hempap atas kepala rakyat’. Ke mana perginya slogan ‘Rakyat didahulukan’ yang dimegah-megahkan itu?
“Sepatutnya kerajaan perlu mengkaji kaedah lain dan mengambil kira kos sara hidup rakyat negara ini yang dilaporkan berada ditangga ke-13 tertinggi di dunia.
“Kerajaan jangan menjadi penjajah yang membebankan rakyat dengan berbagai cukai, hinggakan buah-buahan pun dikenakan cukai,” tempelaknya.
Ujar beliau, hal itu juga menunjukkan kerajaan tidak berupaya mengenalpasti sumber pendapatan baru serta gagal mengawal pembaziran, pemborosan dan ketirisan.
Untuk itu tegasnya, Pemuda PAS Kedah mewakili suara hati rakyat membantah pelaksanaan GST dan menggesa Kerajaan Persekutuan menyelesaikan perkara itu tanpa membebankan rakyat.
SUMBANGAN UNTUK PROGRAM DPPNK NO AKAUN BIMB : 02011010009300
SUMBANGAN UNTUK PROGRAM UNIT AMAL NO AKAUN BIMB : 02011010104981 UNIT AMAL KEDAH
SUMBANGAN UNTUK PROGRAM & PEMBANGUNAN SEKOLAH
PENGERUSI SEKOLAH-SEKOLAH DPPNK UST. MOHAMAD BIN ISMAIL
SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL ULUM (SRIDU) Batu 3, Jalan Teluk Bagan, Tandop, 05400 Alor Star, Kedah Darul Aman Tel : 04 7715639 Faks : 04 7716988 NO AKAUN BIMB : 02011101002732 SEKOLAH INTEGRASI FAIZIN (SAIF) Guar Chempedak, 08800 Gurun, Kedah Darul Aman Tel: 04 4619636 Faks : 04 4619637 NO AKAUN BIMB : 02084010022217
SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-BAQIATUSSOLIHAT (SMART) Kg. Ranggut, Mukim Padang Mat Sirat, 07100 Langkawi, Kedah Darul Aman No Tel /Faks : 04 9533344 NO AKAUN BIMB : 020660111231