Rabu, 16 September 2009

Y.A.B Menteri Besar Kedah Lancarkan Logo Kejohanan Badminton Remaja Dunia


Alor Setar, 15 Sept. 2009 – Logo Kejohanan Badminton Remaja Dunia ‘Yonex Sunrise BWF World Junior Badminton Championship 2009’ telah dilancarkan oleh Y.A.B Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah. Kejohanan yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim pada 22 Oktober 2009 sehingga 01 November 2009 itu bakal disertai oleh lebih 40 buah negara.

Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori antara pasukan yang mempertaruhkan Piala Suhandinata serta kategori individu yang menyaksikan rebutan bagi Piala Bimantara. Kejohanan yang bakal berlangsung selama 10 hari itu adalah anjuran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Persatuan Badminton Kedah (KBA).

Upacara penyampaian hadiah dan piala kejohanan bakal disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Kedah pada 26 Oktober bagi Piala Suhandinata dan 01 November bagi Piala Bimantara.

Kejohanan yang bakal disertai oleh jaguh handalan dunia seperti China dan Indonesia itu bakal disiarkan oleh stesyen Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai stesyen penyiar rasmi. Manakala Yonex, Sunrise Sports Sdn. Bhd. Dan 100 Plus bersetuju untuk menjadi penaja bagi kejohanan ini.

Disediakan oleh : Kedah Communication & Events Sdn. Bhd. (KCE)

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons