Rabu, 9 Disember 2009

MP PAS PERSOAL KEBANJIRAN CERITA TAHYUL

Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 9 Dis: Dr. Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang) mempersoal tindakan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang membenarkan stesen-stesen televisyen menyiarkan rancangan seram serta mempunyai unsur tahyul dan kurafat.

Hayati sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan rakyat pagi tadi berkata, sejak akhir-akhir ini stesen-stesen televisyen sama ada milik kerajaan atau swasta didapati seringkali menyiarkan cerita hantu dan seram untuk menarik jumlah penonton.

"Apakah ini sebenarnya yang hendak didedahkan oleh pihak Kementerian? Menyiarkan cerita-cerita yang berunsurkan tahyul dan kurafat," soalnya.

Beliau juga ingin tahu jumlah kes melibatkan stesen penyiar swasta dikenakan denda sehinga RM100 ribu di bawah Seksyen 242 akibat tidak menyiarkan Pesanan Khidmat Awam yang mengandungi nilai-nilai murni, kekeluargaan, Kebudayaan dan Kemasyarakatan di stesen-stesen kelolaan mereka.

Sebelum itu, Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) meminta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan apakah perancangan pihak Kementerian dalam memainkan peranan untuk menguatkan lagi penyerapan nlai-nilai murni di kalangan masyarakat melalui media elektronik.

Timbalan Menteri, Heng Seai Kie (BN-Senator) dalam jawapannya memberitahu, penerapan nilai-nilai murni dilaksanakan melalui rancangan-rancangan secara khusus seperti Berita,Bicarawara, Rancangan Agama dan Majalah selain siaran iklan, rancangan hiburan dan drama-drama yang ditayangkan.

Sebagai contoh katanya, RTM memastikan semua siarannya, termasuklah rancangan sitkom komedi mmpunyai mesej tersendiri bertujuan menerapkan nilai-nilai murni di kalangan penonton. Usaha ini dilaksanakan oleh RTM melalui siaran agu-lagu patriotik pada waktu perdana.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons