Khamis, 26 November 2009

PRESIDEN PAS DAHULUI MANFAAT FACEBOOK



                                                        Ust Nasruddin Hassan Tantawi                                             


Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

BALING: Ketika media massa terpaksa digunakan untuk membuat hebahan mengenai laman sosial Facebook milik Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Razak kepada pengetahuan umum, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah menarik ramai individu menyertai dan berinteraksi dengannya.

Biarpun tanpa hebahan umum, media baru milik Tuan Guru itu telah menarik lebih 9,000 penyertaan. Bagaimanapun, berikutan had penyertaan ke laman interaksi itu melibatkan 5,000 individu, maka kelab terpaksa diwujudkan.

“Facebook milik Tuan Guru Haji Hadi sudah cukup 5,000 hingga terpaksa dibuat yang baru kaedah ‘friend request’ menggunakan Kelab Facebook Tuan Guru Haji Hadi,” demikian didedahkan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Hassan mengenai sambutan kepada laman interaksi tersebut semasa berceramah di Madrasah Islahiah Diniah, Kampung Memali, di sini 19 November lalu.

Pun begitu katanya, setelah diwujudkan kelab, dalam masa lima hari kelab tersebut telah diikuti lebih dari 2,000 peminat.

Lebih membanggakan menurut beliau, penyertaan sebahagiannya adalah terdiri daripada anak-anak muda.

Ujarnya, perkara itu jelas menunjukkan selera anak muda kepada perjuangan Islam.

Terdahulu, dalam pidatonya sempena hari peringatan Peristiwa Memali itu, beliau melahirkan harapan kepada anak-anak muda yang hadir ramai pada hari itu agar mencontohi watak-watak para syuhada Memali dan menyambung serta mendokong aspirasi perjuangan mereka.

Tegasnya, anak muda telah menjadi kebanggaan Rasulullah berbanding golongan tua yang sedikit dan sering menjadi penghalang dalam perjuangan.

“Persepsi yang mengatakan bahawa anak muda tidak boleh bersama dengan perjuangan PAS adalah tidak benar sama sekali,” ujarnya menyanggah.

Pemuda juga katanya, adalah mata rantai perjuangan yang akan menyambung usaha para generasi terdahulu.

Oleh itu tegasnya, jangan ditamatkan siri perjuangan yang telah diasaskan dengan darah-darah merah para syuhada dihadapan Allah SWT.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons