Isnin, 20 April 2009

Muktamar Peningkatan Pengurusan Wakaf dan Zakat di Wisma Darul Aman.

ALOR SETAR, 19 April: Kolej Universiti Insaniah akan mengadakan Muktamar Peningkatan Pengurusan Wakaf dan Zakat di Dewan Sri Negeri, Wisma Darul Aman, di sini selama dua hari, bermula 30 Mei 2009.


Tema muktamar ini ialah ”Menaiktaraf Zakaf dan Wakaf Sebagai Sumber Dana Kewangan Institusi dan Negara”.

Antara objektif muktamar itu ialah membincang semula peranan zakat dan wakaf kepada masyarakat dan kewangan Islam dan mengenal pasti sumber zakat dan wakaf pada masa kini dalam konteks pengurusan dan pengagihannya.

Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan muktamar ini akan dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah manakala majlis penutup akan disempurnakan oleh Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Dijangka lebih dari enam kertas kerja akan dibentangkan oleh tokoh-tokoh dan cendekiawan yang berpengetahuan luas dalam wakaf dan zakat di peringkat kebangsaan.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran sila hubungi Sekretariat Muktamar Wakaf Dan Zakat, Pejabat Kulliyyah Muamalat Kolej Universiti Insaniah di talian 04-7374370 atau 04-7374405 atau 019-4805389 (Mohd Hanif Bin Mohd Ali).

Sebarang pertanyaan juga boleh dibuat melalui email: wakafzakat@gmail.com dan melayari laman web Kolej Universiti Insaniah untuk memuat turun borang di: www.kuin.edu.my.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons