Selasa, 10 Februari 2009

Orang Najib tawarkan RM5 juta untuk lompat parti

Oleh: Nik Nurul Nadhiroh Nik Zabari

Alor Setar: Bekas ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam mendedahkan bahawa, beliau telah dihubungi oleh individu yang mendakwa mereka adalah wakil Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Menteri Besar Kedah, memujuk beliau meninggalkan KeADILan dengan tawaran RM5 juta serta jawatan Exco dalam kerajaan baru.

Butiran tersebut terkandung dalam kenyataan akuan bersumpah yang dibuat oleh V. Arumugam bertarikh 8 Februari 2009.

“Saya memberitahu ejen BN tersebut saya tidak berminat dan menolak tawaran mereka. Saya juga membuat laporan polis pada 2 Februari 2009,” ujarnya.

Setelah melihat situasi semasa, katanya, di mana dua orang wakil rakyat KeADILan Perak telah hilang dan menerima tekanan serta cubaan untuk menculik beliau dan keluarga, maka bekas Exco kerajaan negeri Kedah itu sangat risaukan keselamatan diri dan keluarga.

“Saya tidak bersedia meletakkan ahli keluarga saya berada dalam penuh bahaya dan ancaman, lalu saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN Bukit Selambau demi keselamatan keluarga dan kehidupan saya,” tegas V. Arumugam.

Mengulas peletakan jawatan V. Arumugam, Menteri Besar dalam sidang medianya di kediaman rasmi Sri Mentaloon merasakan amat dukacita terhadap apa yang berlaku. Beliau menyifatkan V. Arumugam seorang yang bertanggungjawab dan telah menjalankan tugas dengan baik sewaktu menjadi wakil rakyat dan Exco.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons