Sabtu, 27 Jun 2009

SEKITAR LAWATAN DPPNK KE BALING

Lawatan DPPN Kedah Ke Pejabat DPPB
DPP Baling berbesar hati menerima kunjungan daripada wakil DPP Negeri Kedah yang diketuai oleh Sdr Sanusi merangkap Timbalan Ketua Pemuda bersama 3 ajk yang lain pada 25 Jun 2009

Majlis bermula pada 7.30 petang dimulai dengan Solat Maghrib secara berjemaah dan makan malam yang diuruskan oleh Ust Mohd Nor Zakaria bin Harun. Selepas solat isyak, majlis dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Pemangku Ketua Pemuda DPPB Ust Osman dan diikuti oleh laporan yang dibentangkan oleh S/U, Ust Helmi. Sdr Sanusi dan ajk DPPNK menyambut baik atas segala usaha yang dijalankan dan mengharapkan agar ianya berjalan dengan baik.

Di antara teguran dan nasihat yang disampaikan ialah agar DPPB turut menganjurkan program bersama jabatan kerajaan yang ada di Baling, meneruskan usaha tarbiyah dan dakwah yang dikatakan kurang memberi kesan dan merampas DUN Bayu pada prk akan datang.

Majlis ditangguhkan dengan lawatan oleh wakil DPPNK ke pejabat DPPB bagi melihat ruang pejabat dan sistem fail. Sebagai tanda meraikan tetamu, semua wakil DPPNK yang hadir dijemput ke dusun durian YB Johari bagi sama-sama menikmati kelazatan buah durian Baling.





9

oleh DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING

Isnin, 22 Jun 2009

Tidak ada lagi bincang kerajaan perpaduan - Presiden PAS


Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Mon | Jun 22, 09 | 3:02:54 pm MYT

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.

ImageTurut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.

Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, akatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.

Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno-BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.

ImageMenyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.

Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.

Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya./wann_

MANEK URAI SANGGAH MEDIA PRO-BN


Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Situasi terkini di Manek Urai menyanggah sama sekali gambaran negatif yang cuba ditonjolkan pihak media pro-BN terhadap PAS dan Pakatan Rakyat, demikian pandangan Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya.

Menurut beliau, ketika media cuba menunjukkan kononnya PAS berpecah, hakikat sebenar jelas dapat dilihat adalah kesatuan antara jentera, pimpinan dan aktivis dengan matlamat padu untuk mempertahankan Manek Urai serta mengalahkan Umno-BN.

“Manakala kecelaruan pendapat kononnya sedang wujud dalam PAS, yang menonjol di Manek Urai ialah kesungguhan untuk mengalahkan kezaliman, penyelewengan dan kejahatan BN.

“Malah, kehadiran KeADILan dan DAP serta kerjasama mereka sebagaimana kerjasama pada enam pilihan raya kecil sebelum ini telah menafikan sama sekali propaganda media pro-BN kononnya rakan-rakan Pakatan Rakyat mula meragui PAS,” ujarnya sejurus pulang dari Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Pilihan Raya Kecil N.41 Dun Manek Urai di Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan pada 19 Jun lalu.

Katanya, Pemuda Pakatan Rakyat negeri-negeri juga telah menyatakan komitmen akan turun membantu gerakerja pilihan raya kecil tersebut yang sekali lagi menjadi medan penyatuan menyahkan Umno-BN.

Tambahnya lagi, pemerintahan PAS di Kelantan telah berjaya merealisasikan tema “Islam Memimpin Perubahan” yang sedang diuar-uarkan ketika ini untuk diperlihatkan kepada seluruh rakyat Malaysia sebagai model Pakatan Rakyat mengambil alih teraju kepimpinan negara ini kelak.

SEJAHTERA WUJUD DARI AKAR UMBI

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Sebuah negeri ‘sejahtera’ menurut tasawwur al-Quran adalah negeri yang bernuansakan “al-adl wal ehsan” di mana ia seharusnya merata dari segenap masyarakat bermula dari peringkat paling rendah hinggalah peringkat tertinggi dalam masyarakat tersebut.

Untuk itu, dalam merealisasikan “Kedah Sejahtera” sebagaimana motto Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah, ianya perlu bermula dari peringkat kampung yang sejahtera, demikian menurut Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Kedah, Ustaz Ridzwan Abu Bakar.

Katanya, sebuah “Kampung Sejahtera” bertitik tolak dari beberapa perkara yang menjadi senarai utama perlu diberi perhatian oleh setiap pimpinan cawangan.

Membentangkan senarai tersebut, beliau menjadikan pembedayaan manusia dan pembinaan jiwa merdeka sepertimana butiran yang terkandung dalam ayat 75 surah an-Nahl sebagai senarai paling utama.

“Pembedayaan manusia pada peringkat kampung perlu dijalankan dalam bentuk menggunakan seluruh potensi diri dan kebolehan yang perlu disalurkan secara ‘nizami’ yakni teratur di mana dengannya insya-Allah, setiap segmen masyarakat yang ada akan rasa dihargai.

“Dalam tabie manusia, apabila apabila merasakan dia dihargai, maka dia akan berusaha untuk mempertahankan ‘nizam’ tersebut hingga membawa keuntungan kepada perjuangan Islam yang kita dokongi ini.

“Manakala menurut istilah al-Quran, jiwa hamba itu ialah ‘abdan mamlukan’ iaitu hamba yang dimiliki merujuk kepada jiwa dan perasaannya hingga menatijahkan jiwa itu tidak berani untuk berkata dan memperjuangkan kebenaran,” ujarnya membentangkan kertas kerja bertajuk “Qaryah Sejahtera: Satu Pandangan Awal” pada Taklimat Pimpinan PAS Cawangan Dun Anak Bukit, di sini 14 Jun lalu yang turut melibatkan Ketua-ketua Kampung dan Komuniti.

Senarai berikutnya ialah membentuk kebebasan berfikir dan bersuara yang dipetik beliau dari pengajaran kisah Bani Israil dalam kandungan surah Ali-Imran.

Terangnya, Bani Israil adalah bangsa yang dibentuk supaya takut untuk berfikir kritis dan bersuara hingga menjadi ‘bangsa terpimpin’. Sindrom bisu seperti itu ujar beliau, hanya akan melahirkan bangsa yang serba daif dan ketakutan.

Katanya, sebuah qaryah yang bakal diklasifikasikan sebagai “Kampung Sejahtera” memerlukan pembedayaan usaha untuk saling berkhidmat dan berbakti kepada manusia. Beliau merujuk keterangan tersebut dari makna ‘khaira ummah’ dalam ayat 110 surah Ali-Imran yang menggariskan posisi umat terunggul itu adalah kerana khidmat dan baktinya kepada manusia.

Melanjutkan pembentangan, beliau memperincikan mengenai pembentukan nilai dalam pembangunan ummah yang dimaksudkan.

Surah as-Syura dari ayat 36 hingga 43 jelas beliau, menekankan mengenai kemurnian iman hingga membentuk sistem nilai dalam masyarakat, penghindaran dosa-dosa besar dalam dasar dan pelaksanaan pembangunan, perbuatan memaaf ketika bertelingkah mengenai kaifiat pelaksanaan, responsif terhadap perintah Allah, mendirikan solat, meluaskan amalan syura, infaq selain mempertahankan diri apabila dizalimi serta melakukan islah daan bersikap sabar.

Ketua Kampung atau Komuniti juga tegasnya, berperanan mendamaikan konflik antara penduduk sama ada bersangkutan pandangan politik, nilai ekonomi serta ruang lingkup khilaf dalam memahami agama.

“Ianya memerlukan kepada perancangan dan kefahaman yang baik di kalangan pimpinan cawangan supaya semua konflik itu boleh dijadikan peluang bagi kerja dakwah ini,” ujarnya.

Beliau mengakhiri pembentangan tersebut dengan menekankan kepentingan Ketua Kampung atau Komuniti mempunyai budaya ‘ihtimam’ iaitu sikap mengambil peduli terhadap urusan kebajikan penduduk.

Ahad, 21 Jun 2009

JAMUAN AMAL SEKALUNG BUDI SEGUNUNG HARAPAN MUASSASAH DARUL ULUM




SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons